Monday 12 October 2015

Dah Habis Degree.

Bismilahirahmanirahim...


             Assalamualaikum....

Holla Buddies... aku tak sure masih ada yang nak follow or baca belog ini atau pon tak sebab yeah.. aku sendiri akui yang aku dah laaaaaaamaaaaaa sangat dah tak update entry ni sini.. Sibuk la gais dengan FYP la, part time job la, test la, quiz la, movie la,. eh ! haha.. owh  BTW sekarang aku dah habis degree.. wohooo.. 

Actually banyak sangat benda yang jadi sepanjang aku study kat UMT.. tapi takpe, let bygone be bygone la kan? mana yg baik tu kita buat kenang-kenangan... dan mana yang tak baik tu jadikan ia sebagai sempadan di masa depan.. hiks ! perghhh.. poyo plak rasa...

Actually aku da lama da habis study.. last paper aku 31 June 2015.. mean on July aku officially MERDEKA laa... tapi merdeka pon aritu, hati tetap tak tenang juga, sbb result belum keluar... selang beberapa minggu pastu je result dah dapat.. dan syukur alhamdulillah aku Lulus dengan kepujian Dekan untuk ketiga kalinya.. Yes! Syukur sangat2 rasanya time tu.. 

And now, aku tinggal tunggu nak konvo je.. Date konvo aku pon dah keluar.. 24 October nanti, InsyaAllah...Tak sabar rasanya nak konvo cepat2.. rindu kat kawan2..hari konvo nanti maybe hari last la kot boleh jumpa, lepak ngan diaorang sebelum dapat invitation wedding card masing-masing kelak.. al maklumlah semua duduk jauh-jauh, tu yang susah nak jumpa.. huhuhu

So dah habis belajar ni, apa plan killa? Okay sebenarnya aku tengah nak berjinak-jinak nak mengasah minat dalam bidang perniagaan.. tak kisah la perniagaan tu berkonsepkan apa-apa pon, as long as HALAL... dan aku sangat berminat hal-hal beauty and health.. like seriously, aku pon tak tahu macam mana aku boleh terjebak minat benda-benda nak gini.. tapi pada aku, umur kita ni bukan makin lama makin muda, bukan makin lama makin sihat, dah sampai masa nanti kita akan kerepot, sakit itu, sakit ini... so, sementara muda ni apa kata kita cegah sebelum terlambat.. apa tah yang omputih duk sebut-sebut tu? PREVENT IS BETTER THAN CURE? haaaa gitu...

Okay, aku ada join bisnes yang dah lama bertapak di Malaysia ini iaitu Shaklee dan Mary Kay. Dua-dua bisnes ni best! Shaklee mengeluarkan produk makanan tambahan untuk penjagaan dalaman, dan Mary Kay mengeluarkan produk penjagaan kulit from head to toe..seriously awesome! tapi sebelum ni aku buat part time je.. 100% ONLINE on FB je.. since sekarang aku dah jadi penganggur terhormat.. so aku buat la full time.. itu yang beriya nak share dengan kalian kat blog ni, InsyaAllah jika takde aral, aku akan memperkembangkan rangkaian bisnes ni ke Instagram dan Twitter pulak.. Aminnn.. so sementara aku tunggu offer nak further study ni, aku ada juga la sumber pendapatan nak buat duit poket belanja hari-hari.. hiks ! Terima Kasih Shaklee ! 







Okay la.. jam dah menunjukkan 4 pagi.. nanti kita story-story lagi pasal business suka-suka kita ni ya? mata dah barai teruk ni... nak cantik kena la cukup tidur taw gais.. jangan nanti naik stage time konvo mata lebam macam panda sebab eyebag.. time study mata lebam, time da cuti panjang pon nak mata lebam juga.. ish.. tak mo la ye?? 

Thanks for reading this entry !

Nite.

Wassalam.